Monday, June 29, 2015

Terbang tanpa kepak: Australia

Alhamdulillah, kedua tapak selipar ini pernah meninggalkan bekas lumpur malaysia di negara yang saya nyatakan di atas. Australia.

Bangga jap tengok slipar. 

Sebenarnya bukanlah baru-baru lagi terbangnya gue ke sana bersama gerombolan famili, bolehlah kira-kira, (tengah kira menggunakan algebra) setahun yang lalu semasa saya tidak bersekolah (kerana sudah ke universiti) dan pada masa itu ditakdirkan cuti sem yang agak lebar diameternya. Ohok.

Bukanlah nak contengkan kat sini buat habis data gambo-gambo selfie yang pelbagai yang diambil di sana kerana seperti namanya, biarlah selpie tersebut tidak menjadikan selfish, tapi menjadi self refleksi dan juga selfiasoooo laviosaaa. Terbang. Ohohok. 

Arghhhhh, Lurus pada noktahnya! (baca:straight to the point), saya ingin menceritakan bagaimana keterujaan diri ini pabila sampai ke sana, bukan sangat pada kesejukan anginnya, atau kesedepan pemandangannya, tapi pada budaya orang-orang di sana, (sambil tuding jari ke arah timur darat), yang perluuuuuuuu, perluuuuuuu, diambil contoh oleh yang empunya akal di tanah lumpur yang saya cintai ini. 

Weeeeeee.

BUKU

Saya fikir, kali ini saya hanya ingin menceritakan hanya pada aspek produk deforestation yang sangat istimewa ini di sana, buku

Tarik napas.

Bukanlah ingin menulis tentang autobiografi saya seekor buku di australia, ohohoho, namun pada bagaimana masarakat di sana mengadakan hubungan intim yang tidak perlu ditangkap basah oleh JAKIM australia melalui pengalaman saya ke sana (tuding tempat yang sama). Wohohoho. Hyper jap. 

Sebelum itu, tahukah anda buku-buku di sana di jual dengan murah tanpa GST ahmad maslan?

Mari kita mulakan. AKSI!

Sinetron 1

Sedang ralit memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan omputih di kota berdekatan dengan rumah kakak dan abang di maverick village, ternampaklah akan saya, manusia yang sedang duduk di depan kekedai makan. Namun hanya duduk di lantai di tepi jalanraya. 

"Ni mungkin homeless lah kot, siannnnn." Nak nanges. 

"Tapi... Taa... Taa.. Tapiiiiii...."

"Awat dia baca bukuuuuuuu???" Keluarlah loghat utara yang dibuat buat. 

Langgar tiang. 

Sinetron 2

Sedang asik melihat telefon straight A+ di tangan yang ketiadaan internet (namun mengharapkan wifi percuma), saya menoleh ke atas sebentar untuk mengembangkan (baca: dilate) pupil mata yang sudah lama menerima tekanan (baca:constrict) akibat melhat objek yang dekat terlalu lama. Maka terlihatlah akan saya dua insan yang sedang duduk di kerusi. Mereka dalam anggaran mungkin berumur 60 ke 70 tahun dan merupakan pasangan atuk dan nenek bercicit mungkin. 

Okayhhhh, jadi?

Haaaaaa, namun di tangan kedua dua mereka terpampang bukan gajet-gajet merosakkan, namunnn kertas-kertas yang berjahit atau lebih dipopularkan dengan nama buku.  

Ralit, namun bukan diri saya ini, tapi kapel 'young at heart' tersebut dalam dunia pembacaan mereka. 

Waduhhhh. 

Langgar trolley. 

Sinetron 3

Dalam kebosanan melampau akibat apa ntah yang kami tunggu, saya bercadang untuk memasangkan kepala telefon (baca: headphone) bau kedai yang mempunyai kebolehan membisukan keadaan sekeliling. Power kowtttt. Murah plak tuuuuu. Maaf promote. 

Kerana sudah terlalu banyak melihat masyarakat bergajet kertas ini (baca:buku), saya terintai seorang wanita berumur 50 ke 60 an yang memegang gajet betul-betul gajettt, di garapannya dan saya hanya tersenyum sinis. 

"Haha, ni mesti dah terpengaruh dengan generasi muda skang niiii. First time tengok ni. Ni baru betul macam malaysiaaa. Tah-tah nga men COC.  Wakakakaka." Gelakku dalam hati. 

Diri ini cuba mendekati untuk melihat apakah aktivitas wanita ini, apakah mukabuku? kicauan? Whatsapp? Hehehehhe.

Rupanya, makcik omputih itu sedang menikmati gajet Kindle.

Jatuh tergelincir. 

Sudahlahhhh, cukopp sudah oitt. 

Babak akhir

Sebenarnya banyak lagi kisah menarik tentang budaya pembacaan buku di sana. Saya fikir, seperti tulisan kawan saya untuk memilih pasangan ulat buku, (Haaaa, tekan neh) mungkin di sana tidak lagi itu yang menjadi isu lagi, tetapi pada mencari pasangan yang menulis pulak. Ohohohohoho. 

Tutup gajet. Bukak buku. 

Terbang.

Sekian. 




Sunday, June 28, 2015

Nganga

Seorang anak, dalam lingkungan 6 ke 7 tahun, sedang khusyuk menghadap skrin segi empat tak tepat. Rancangan knock knock Ramadhan yang ditayangkan itu menjadi tatapan buat adik yang masih dalam fasa mandi tak mandi, akibat kecederaan yang berlaku, kecederaan terlanggar waktu Dhuha.

"haaaaaaa, harini kita nak masak kambing terbang masak spaghetiii!"

Pengacara yang mengendalikan show ini bertempiak sambil membuat aksi lagat shin shan dengan gaya aksen kamennya.

" macam biasaaaaa kita juga dihadirkan bersamaaaaaaaaa artis popular tanah daratttt, Adoftttt Hitlerr!!."

Seorang lelaki bermisa kontot bepakaian ala-ala ketua tentera ditunjukkan pihak krew. Tanpa senyuman, dia juga membuat aksi, tangan kanan yang dipacakkan tegak 45 darjah mengadap ke langit-langit pasaraya Fresco itu sanbil dirinya berkumat kamit "Heil Hitlerrr!!"

Adik yang dari tadi tekun menatap papan skrin itu terus kekurangan kerlip namun bukan kerana terpegun melihat dua sosok tersebut, tapi terpukau dengan makanan-makanan yang disajikan dalam rancangan itu. Dan sepanjang rancangan itu berlangsung, dia hanya terNGANGA secara minda separa sedar, dan hanya menutup mulut pabila ditegur ibunya.

Intro yang panjang, namun pointnya seciput

Setiap hari, kita pasti sahaja jumpa dengan pelbagai perkara yang dapat membuatkan kita secara hipnotisnya (baca: separa sedar) melakukan apa yang adik tersebut lakukan. Hidup dalam dunia yang bermacam output yang kekadang tak pernah kita pasti bagaimana ianya terjadi, kita pasti pernah melalui saat dimana mulut kita terbuka luas sementara kita ralit memerhatikan, atau boleh dikatakan menikmati keadaan yang sedang kita alami pada ketika itu menyebabkan kita terngaga.

Untuk meringkaskan artikel ini kerana keseciputan (baca:dikit) idea kerana aku meremehkan tabiat menulis, maka ibarat seorang body builder yang pernah memenangi acara lompat kijang, pastinya tidak dapat lagi melakukan kuak lentangnya di kolam air panas pabila jaguh tersebut berhenti berlatih. Analogi itu seperti diriku, namun aku bukan lah jaguh didalam dunia penulisan.

Serta lain, aku juga seperti adik dalam cerita benar diatas, masih terNgaNga.

ngangaan atas sebab banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan akan tempuhi, aku telahpun berjaya lolosi sehingga aku sampai ke noktah ini. Berbekalkan manusia-manusia baru yang hebat disekeliling ku, aku harap di noktah selepas ini juga, aku akan terNGANGA dengan lebih panjang lagi dan lebih besar lagi kerna melihat lapis demi lapis kebangaan yang telah aku capai.

Ibarat pelari pecut yang telah pun berada paling hadapan setelah meredah hutan belukar dan lautan berpiranha, maka selepas garisan penamat, jika dengan inertia yang maha dahsat dia berhenti seketika dan pandang kebelakang untuk tempoh masa yang ringkas dan padat, pasti dia juga akan menjadikan kisah aku pula sebagai analogi, maka dia juga akan ternganga. Ternganga kerna terlampau gembira atas kejayaanya pada waktu itu, ataupun mungkin juga ternganga kerana haus ayak kosong. Sekian

ngangalah SEKETIKA dan tutup mulot dan TERUSKAN IDOPP!




Wednesday, June 24, 2015

kisah cempedak dan Houseman

"Bro, aku panas tol ngan MO seorang tu. Semua benda aku buat, semua salah. Aku rasa aku dah buat, betul-betul dah. Stress kot kalau selama sebulan satu team ngan dia."

Geram.

Leman tidak berpuas hati akan layanan orang yang dikatakan lebih senior daripadanya. Baginya, semua orang pernah melakukan kesilapan begitu juga Medical Officer yang satu pasukan dengan Leman tersebut. Sungguh, dia cukup benci akan budaya kerja seperti ini yang tidak habis-habis menempelak orang bawahan dari mereka.


*********

"Adoi, penat macam ni. Tak habis-habis dengan cerita dia waktu dia houseman dulu. Dengar cakaplah, rajin lah, semua MO suka lah, buat kerja tak pernah procrastinate lah. Macamlah perfect sangat dia tu. Berapa lama lagilah aku akan bekerja dengan dia ni. Stress kot kalau selama sebulan satu team ngan MO tu."

Geram.

skrip yang sedikit berbeza namun mempunyai emosi, nada dan mesej yang sama. 

Ini pula Bedah. Dia juga melalui proses yang semua graduan doktor perubatan lalui. 

Housemanship.

Satu fasa masa yang paling kemuncak bagi setiap pengamal perubatan dalam kehidupan mereka. Dalam fasa ini, tahap adrenaline mereka selalu berada di tahap yang tinggi kerana kuantiti kerja dan kuantiti masa bersifat inversely proportional. Kuantiti kerja yang tinggi bersama dengan kuantiti masa yang sedikit. Dalam fasa ini juga, ketidakstabilan emosi akan selalu terjadi lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah dalam hidup mereka berada dalam adegan ini. Selalunya, tidak puas hati terhadap senior atasan. 

Senario yang terjadi pada Dr. Leman dan Dr. Bedah hampir sama puncanya cuma ada sedikit berbeza. Dr Leman tidak puas hati kepada seorang Medical Officer yang selalu memarahinya. Dr Bedah juga sama, tidak puas hati atas ketidakadilan yang dilakukan oleh Medical Officer didalam pasukannya.

Jadi apa bezanya?

Bezanya individu yang menjadi Medical Officer tersebut. dalam kes Dr Leman, Medical Officer itu boleh jadi sesiapa sahaja tidak saya nyatakan secara spesifik. Namun individu yang memegang watak Medical Officer dalam kes Dr Bedah pula adalah istimewa.

Siapa?

Tidak lain tidak bukan, Dr. Leman sendiri, apabila beliau pula naik menjadi Medical Officer.

Satu kitaran

Seperti mana berlakunya kitaran kejadian awan komolonimbus yang pernah kita pelajari ketika di bangku sekolah rendah dulu, daripada hujan kepada memenuhi sungai, kemudian air sungai berlaku proses sejatan yang kemudian menjadi wap air dan akhir sekali naik ke langit untuk membentuk awan, begitu juga berlakunya kitaran proses fotosentesis dan juga kitaran Krebs (Krebs cycle). Kitaran-kitaran ini mempunyai punca dan akhir sekali output yang kemudian menjadi punca kembali. Daripada kitaran yang Allah jadikan ini, maka terhasillah keperluan-keperluan yang badan manusia kehendaki seperti air, karbon dioksida, pembuatan ATP dan sebagainya. Perkara ini amat-amat diperlukan bagi setiap manusia dan membawa banyak manfaat dalam setiap individu.

Kitaran pengamal perubatan

Dalam post ini, saya tidak berminat untuk bercerita panjang lebar berkenaan dengan kitaran-kitaran tersebut walaupun ia sangat dekat dengan kita dari sudut biokimia yang terjadi dalam badan. Namun ingin saya tonjolkan fenomena kitaran yang berlaku yang agak buruk dan kurang bagus dalam arena pengamal perubatan.

Seperti saya yang sekarang berada dalam dunia klinikal pelajar perubatan, kita akan dapat melihat kitaran-kitaran ini dihadapan mata. Berbanding dunia pra-klinikal dimana seorang student lebih fokus pada kuliah, teori dan bahan bacaan, pelajar klinikal mula terdedah akan dunia baru yang sangat berbeza di mana majoriti pembelajaran bersangkut paut dengan hubungan antara manusia. Manusia ini boleh jadi, kawan-kawan, jururawat, student pasca ijazah, pensyarah, pakar-pakar perubatan dan macam-macam lagi. Dalam dunia klinikal ini jugalah setiap individu mula menyedari hakikat sebenar hidup sebagai seorang pengamal perubatan dari sisi pandang yang positif dan negatif.

Walaupun saya cuba menengetengahkan sudut pandang negatif dalam hal ini, namun tidak dinafikan hal-hal baiknya yang boleh diperoleh daripada kitaran ini.

Jadi adakah saya tidak adil dalam post ini?

Bagi saya adil. 

Jadi dimana pula anda dapat mengetahui perspektif positif akan hal ini?

Dimana lagi kalau bukan pada orang-orang yang menyanjung budaya kerja ini!

Bagi saya, kitaran yang buruk ini berlaku secara mendadak pada zaman houseman. Ketika ini, anda akan mengalami transisi daripada pelajar perubatan terus kepada fasa pekerjaan. Ramai yang baru sedar akan fasa ini apabila mereka berpijak di hospital sebagai doktor perubatan yang baru ingin menggalas tugas.

Jadi apa yang buruknya akan kitaran ini?

Seperti dalam kes yang saya nyatakan diatas, seorang graduan perubatan yang baru sahaja berkecimpung pada mulanya membenci perbuatan senior atasan darinya namun di kemudian hari, menjadi pula watak yang dibencinya tersebut. Inilah kitaran yang merosakkan itu, kerana input nya rosak, dan outputnya jugak bakal menjadi rosak dan merosakkan.

Seperti kitaran nyamuk aedes, malaria dan binatang perosak yang sejenis dengan mereka, langkah-langkah telah diambil oleh pelbagai pihak. Daripada media, pegawai daerah, orang perseorangan, dan bermacam lagi sedia menyumbang kepada pembasmian output yang akhirnya membawa penyakit menular dan lebih parah, kematian.

Output yang dibawa kitaran pengamal perubatan ini lebih bahaya bagi hemat saya kerana ia menyebabkan lahirnya generasi yang pendendam, yang rosak dalaman mereka. Ini merupakan satu penyakit baru yang dahsyat kerana generasi pendendam ini bakal melahirkan generasi yang sama pendendam seperti mereka. Perkara ini akan berterusan selama mana ada sahaja yang menyokong perkara ini kerana alasan biasa, mereka menjadi doktor hebat kerana dilatih di bawah generasi sebegini. Jadi budaya kerja ini akan terus menerus sehingga?

Sehingga ada generasi yang berani mendabik dada, menghentikan penularan wabak yang tidak dikesan ini.

Impak pada insan biasa, bukankah generasi ini juga bahaya kepada pesakit-pesakit? Sukakah anda mendapat doktor yang merawat anda seorang yang memaki hamun kawan-kawannya didepan semua orang? Dan doktor yang ini jugalah bakal merawat anda dan melakukan pembedahan pada diri anda?

Disini saya membiarkan soalan-soalan ini tidak dijawab, dan biarlah ianya bermain di minda kita selaku seorang yang mempunyai lesen untuk merawat dan juga membunuh. Bukan setakat itu, kita juga perlu sedar bahawa kita juga mempunyai lesen untuk mengajar manusia samada individu tersebut bergelar pesakit, junior mahupun senior.

Mahukah kita memaki anak-anak kita yang tidak tahu berlari sedangkan mereka baru sahaja pandai merangkak? Kita mahu mengeluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kita hanya kerana mereka tidak mendapat A dalam pelajaran mereka?

Akhir, saya juga masih lagi dalam fasa belajar dan saya tahu banyak silap yang telah saya lakukan berbanding betulnya selama saya bergelar manusia ini. Moga diri ini dapat diarahkan pada satu jalan yang betul kearah kebenaran. Biarlah gelarannya guru, pensyarah, murabbi, doktor, prof, ayah, ibu dan apa-apa pun, namun golongan ini membawa kepada benar bukan sahaja pada akalnya, begitu juga pada adab dan akhlaknya.


buah cempedak di luar pagar, 
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
jika salah tolong tunjukkan.

moga 'tunjuk' yang dimaksudkan bukan berbentuk sialan dan pembodohan, 
tetapi memimpin ke arah cinta, perpaduan dan pengharapan. 

http://mavyalyfaith.deviantart.com/art/The-Death-of-Chempedak-354208186