Saturday, March 29, 2014

Pencaturan ai.


Pencaturan ai.

Ya, title yang agak pelik kerana aku kebingungan sebentar title apakah yang ingin aku letakkan untuk post kali ini. Maka Voila! terhasilnya satu typo yang dirancang namun hambar dari pemahaman orang. 

.......... (bunyik siput)

Tidak mengapa, mari kita ke topik sebenar. 


Pencatuan air. 

Alhamdulillah, syukur padaNya, aku masih dihidupkan oleh Allah dalam keadaan Islam. 

Namun, antara infinite nikmat yang telah diberikanNya pada diriku ini, maka peristiwa harini membuatkan aku bernuansa dalam senyap. 

Deep. 

Maka kerana itu, aku hadirkan sketsa berbentuk penulisan, dimana pelakonnya, penulis skrip dan Tuan Direktor adalah orang yang sama. Begitu juga makeup artist dan tukang boom serta orang yang kata "aaaaa, eksyennnn..." itu.


*********

Sisi baju abang kedai makan disentuh. Abang itu terus melemparkan pandangannya kepada Woody.

"Maaf bang, ada tempat lagi?"

"Owh, maaf dik. Sebenarnya bukan setakat tempat je dah habis, makanan pon tarak jugaaa"

Woody ternganga.

Abang itu rupanya warga bangladesh berwajahkan melayu. 

Namun dia tetap tidak putus asa. Dipandangnya pada puluhan orang yang sedang sesak mengeremuni cashier. Maka dia pasti gerai ini masih punyai makanan. 

Selangkah sahaja dia kedepan, maka dia terhenti dan mencebik. 

"Patutlah, McDonald upanya."

Pemboikotannya terhadap francais itu masih meliputi jiwa raganya. Matanya terus liar mencari mangsa yang seterusnya. 

"Ni macam sedap je, ramai betol onghang. N-A-M-B-O-S. Owh Nambo's, patut tak penah dengar."

Lantas disapanya wanita berumur dua puluhan yang berdiri tegak di depan restoran itu. 

"Kak, ada makanan lagi kak?"

"Alamak, maap tuan. Gerai kami tinggal sos spesel kami je."

Woody hanya menundukkan kepala. Tidak tahu hendak gelak atau kecewa dengan penyataan itu. Yang pasti, perutnya tidak lagi di beri makan. Masuk detik tadi, sudah 1800 saat dia tidak memamah apa-apa hidangan. 

Kesian. 

Woody menggaru kepalanya, tidak pernah lagi dia mengalami pengalaman sebegini. Dia cuba memikirkan apakah faktor-faktor yang membawa kepada pembanjiran manusia di kompleks beli belah ini. 

Bila difikir-fikirkan, baru dia mengetahui bahawa ramainya pengunjung pada waktu ini adalah disebabkan oleh ketiadaan air. Pencatuan air yang dilakukan lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu merupakan suatu yang baginya cukup zalim menyebabkan penghuni-penghuni rumah buntu, dan mengambil langkah untuk keluar mencari sesuap nasi. 

Woody juga rupanya seperti mereka. Tidak menyangka hanya kerana air yang tidak cukup, boleh membawa kepada deretan gerai-gerai makanan sehingga kehabisan jualan. Mahal mahupun murah, kecil mahupun besar, terpencil mahupun jelas kelihatan, semuanya dipenuhi jasad bernyawa menghilangkan keinginan dan kehendak fizikal dan mental (satiety center).

Ini kali pertama Woody menghadapi perkara sedahsyat ini, dan dia berdoa dan berharap agar perkara ini tidak lagi berlaku pada hari-hari yang lain. 

Dia sangat berharap.

Sangat sangat berharap.

********

Maka dengan ini tammatlah sebuah sketsa rentetan hidup seorang manusia bernama Woody, di tengah-tengah bandar Keyel. Dia terkilan akan apa yang terjadi pada dirinya dan orang-orang sekeliling dan akhirnya mengharapkan agar tidak lagi perkara ini terjadi kepadanya....




































tapi....
























Bagaimana dengan nasib saudara kita yang langsung tidak punya pilihan gerai makanan?

yang berhari-hari berlapar kerana tiada langsung sumber?

apakah mereka tidak juga berharap dan sentiasa berharap?

Kenapa kita masih tak bersyukur dengan 2 bungkus maggi yang ada?

Kenapa kita merungut dan meraung kelaparan sedangkan mereka......









































kenapa...??







"If it isn't happening here... 
...that doesn't mean it isn't happening"




No comments:

Post a Comment