assalamualaikum,
dalam post ini, saya ingin memberikan pendedahan berkenaan buku aqidah dan perjuangan karya Hj. Fadzil Mohd Noor. Buku ini merupakan buku yang lama yang telah digunakan dan dalam masa ke semasa, post ini akan dikemaskini untuk memberikan ilmu yang lebih kontemporari berkenaan dengan tajuk buku ini.
Buku yang diolah kembali oleh Tuan Guru Abdul Haji Awang tidak di baca lagi dan saya rasa perlu kerana pasti ada penambahan dalam buku tersebut dalam konteks marcapada ini. saya cuba memberikan olahan dalam bentuk yang lebih ringkas dan lebih difahami sedaya mampu.
pembedahan buku ini dilakukan atas faktor-faktor tertentu:
1) agar ilmu yang terdapat di dalam buku ini dapat dinikmati oleh orang yang tidak empunya buku ini
2) selama melalui proses pembelajaran, didapati dengan kita cuba menerangkan kembali apa yang kita fahami, maka sebenarnnya kita cuba memahamkan diri kita terlebih dahulu agar pendengar memahaminya. walaupun ianya nampak mudah tatkala kita memahami sesuatu ilmu, namun menyampaikannya kembali merupakan satu proses yang amat mencabar lebih-lebih lagi ditambah dengan soalan-soalan yang diajukan.
3) agar dapat menjadi rujukan kembali apa yang telah dipelajari dalam mendepani masa depan yang kian mencabar.
mungkin banyak lagi faktor yang boleh digarap, namun setakat itu sahaja yang mampu difikirkan buat masa ini. apapun sebarang salah silap harap sangat dapat diperbetulkan insyaALlah.
*******
Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
definisi aqidah
istilah: sama erti dengan iman.
iman: kepercayaan, kejujuran
kufur: orang yang telah mengkhianati diri. tidak menempatkan diri pada tempat yang betul.
kufur --->> kezaliman. sama juga seperti syirik--->> kezaliman (surah luqman:13)analogi ringkas: dua orang, si A memakai kasut di kaki, manakala si B memakai kasut di kepala.
si A lebih jujur pada dirinya manakala si B tidak
jadi analogi yang di atas; secara logik juga merupakan satu perkara yang tidak bertepatan dengan naluri manusia. maka jika analogi itu dibawa dalam konteks aqidah, maka ianya boleh secara ringkas menggambarkan seseorang yang beriman dan yang kufur.
kemudian, penulis membawa kepada nilai aqidah islamiyyah. ini kerana kita sebagai muslim, haruslah benar2 yakin dengan aqidah islamiyyah ini dan meyakini juga bahawa memberikan hati, akal, jiwa, fizikal dan mental dalam memahami dan merhargai aqidah ini bukanlah hasilnya kosong. ini kerana keyakinan ini tidak terikat dengan sebarang faktor yang bersifat lemah ( benda, manusia, masa, bangsa) dan ia juga dikukuhkan lagi dengan rukun2 iman yang konkrit sifatnya.
contoh daripada seerah:
1. rub'i bin amir yang disuruh menyampaikan islam kepada Rustam iaitu raja Farsi.
2. Khalid bin Al walid yang menetang farsi dengan bilangan tentera yang lebih sedikit namun kemenangan dicapai oleh tentera islam.
di sini diletakkan tentang sudut pandang yang dibawa oleh seorang muslim iaitu mencintai mati berbanding seorang yang kufur yang mencintai hidup. dalam proses mencintai mati, mereka terfokus lebih kepada persoalan bagaimanakah kehidupan mereka di alam akhirat. disebabkan itu, segala tatacara dan perlakuan mereka tertakluk pada sudut pandang mereka itu.
maka kerana itulah yang lemah, miskin tidak merasa status mereka itu sebagai sesuatu yang terkebelakang. ini kerana mereka tahu yang dinilai oleh Allah bukanlah dari sudut kemampuan seseorang dari aspek duniawi, tapi dari aspek ukhrawi yang berkitar dari segi kepercayaan dan amalan seseorang.
rukun iman
disebabkan inilah aqidah islamiyyah mengambil faktor arkanul iman yang kita tahu ada 6 dan rukun-rukun ini perlulah digarap secara semuanya bukan sesetengah sahaja. Kerana keterikatan antara satu sama lain dalam meyakini rukun-rukun iman ini, maka menolak salah satu sahaja bererti ibarat menolak semua sekali gus.
arab jahiliyyah pada masa dahulu percaya sahaja kepada wujudnya Allah tetapi tidak mempercayai rukun2 iman yang lain yakni kerasulan, malaikat, hari kiamat dsb. (raheeq al makhtum; bab penolakan). maka disini, walaupun mempercayai akan kewujudan Allah itu ada tetapi akibat penolakan kepada rukun2 lain, maka mereka digelar kufur.
kalimah syahadah
kalimah syahadah yang saban hari menjadi ucapan kita merupakan kalimah yang terlalu berat jika diucap bersama kefahaman. kerana itulah seseorang yang belum memeluk Islam walaupun mengucap dua kalimah syahadah perlulah mendapat justifikasi kepada maksud kalimah tersebut.
kalimah lailaha illallah walaupun ringan dibibir, mudah di taip tetapi berat dalam timbangan. ia juga dapat mengubah peribadi dan seluruh kehidupan seseorang. dalam ini juga diberikan huraian tentang kalimah 'asyhadu' yang sering dikaitkan dengan 'aku naik saksi'. penulis menghuraikan kalimah ini dengan menghadirkan kalimah lain bagi menyokong maknanya:
a. a'lamu (aku mengetahui)
b. attayaqun (aku yakin)
c. atta'arif (aku mengaku)
d. akhbaru (aku mengisytiharkan)
e. a'budu (aku tunduk)
pembahagian golongan manusia
manusia dibahagikan kepada 3:
GOLONGAN PERTAMA:
terdiri daripada orang2 mukmin. mereka adalah yang beriman dengan Allah dan tunduk patuh pada hubungan dengan Allah dan segala sesuatu tentang diri mereka dalam perbuatan di bawah telunjuk Allah.
perlu dilihat perincian tafsir surah al-Hujurat ayat 15
GOLONGAN KEDUA:
adalah orang kafir musyrik yang tidak mahu mengakui adanya Allah dan mereka tidak menerima kalimah "la ilaha illallah" secara kefahaman.
surah al-baqarah: ayat 6-7
GOLONGAN KETIGA:
golongan ini tidak berada di salah satu dari kedua golongan di atas. ini bermakna mereka yang berada pada hemat manusia atas golongan 'tengah2' antara keimanan dan kekufuran sebenarnya telah menghumban diri mereka masuk dalam golongan ini. mereka digelar MUNAFIQ dan mereka menyembunyikan kejahatan dan hanya menzahirkan keimanan. rujuk surah al-Baqarah: ayat 6-12 dan surah munafiqun ayat 1.
penegasan konsep aqidah
aqidah tauhid disebut juga satu istilah revolutionary kerana mengubah pemikiran dan juga diri manusia. aqidah ini juga membebaskan manusia daripada cengkaman tunduk atau secara tidak langsung sembah sesuatu fahaman, ism-ism, ideologi kepada tunduk kepada Allah yang satu. pembebasan ini juga dikatakan keluar daripada satu bentuk kezaliman kerana sifat ideologi dan ism-ism ini yang sering berubah mengikut zaman dan tidak dapat mampu mendepani perubahan dari masa ke semasa.
ia juga bukanlah satu keyakinan yang beku kerana pengetahuan tentang konsep aqidah ini hanya akan dapat dihayati melalui amal. sesuatu amalan juga mestilah berdasarkan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah dan tidak boleh berdasarkan fikiran atau nafsu semata-mata.
pembahagiaan ma'rifat (pengetahuan)
Islam membahagikan pengetahuan kepada:
1) ilmu
2) dzan (dugaan)
3) syak
4) waham
dalam persoalan aqidah, maka ianya tidak boleh berpandukan dzan (dugaan). Ia semestinya melalui Ilmu dan ia juga tidak boleh diijtihadkan. dzan hanya diterima dalam persoalan syariat. analogi yang diberikan, sepuluh orang ahli undang-undang mempunyai definisi masing-masing tentang apakah itu undang-undang kerana mereka mengikut dzan masing-masing.
orang yang beriman apabila melihat orang lain beriman dengan tiada dalil dinamakan "iman taqlid". ia hanya dibenarkan pada kategori manusia yang tiada keupayaan, tidak belajar dan mempunyai tahap intelektual yang rendah. mereka yang empunya kebolehan untuk belajar haruslah mempunyai ilmu tentang aqidah menerusi dalil samada wahyu atau aqal.
iman dan syirik
iman menjadikan seseorang itu mempunyai tahap hidup yang tinggi kerna pembebasan beliau kepada satu bentuk penindasan ikatan kuasa. pandangan hidup akan menjadi lebih luas, dengan kesediaan untuk berkorban dan berjihad dan juga mempunyai sifat-sifat:
1) memada (qanaah)
2) rendah diri ( tawadhu')
3) dan tawakal.
syirik menyempitkan pandangan hidup kerana mereka keterbatasan sumber dan hanya berpandukan pada nafsu dan akal semata-mata. mereka juga dapat memperoleh kebahagiaan namun kebahagiaan mereka terikat dengan kuasa alam di sekeliling dan batas dunia sahaja. justeru kebahagiaan yang dimiliki tidak kekal lama dan hanya akan sehingga tahap kematian mereka sahaja.
wallahu'alam.
power lah akhi.
ReplyDeletemohon diperbanyakkan bedah buku macam ni sebab sangat bermanfaat. :')