Sunday, March 23, 2014

Curry Puff


"Tu haaaaa Nal! Tu haaaaa!" Karim seperti menuding ke arah sesuatu. Zainal hanya dapat melihat tangan Karim yang tiba-tiba muncul di sebelah kanannya.

"Karipap tu haaaa, 3 singgit kottt. dah laa besar karipap dia, sedap plak tuu."



Karim seakan tidak peduli dengan asakan manusia disekeliling mereka. pandangannya hanya tertumpu pada sasaran makanan yang seterusnya. karipap yang menjadi antara makanan yang digemar, menyebabkan gerai kakak karipap itu saban minggu menjadi persinggahan untuk dia melabur sedikit wang, menghilangkan dahaga keinginan.

"dah laa tuuu, kita beli ni pon dah banyak ni haaaaa, kang kenyang giler macam selaluu...". zainal menyampuk. 2 air bungkusan besar, dan 4 bungkus nasi tomato berlaukkan daging dan ayam dipikul dalam plastik-plastik merah. Isi plastik-plastik ini bakal dihidangkan kepada 3 lagi insan kelaparan di rumah mereka.

"hmmm..." pandangan Karim setakat menghala ke bawah. Perasaannya bercampur antara sedih dan sedikit kecewa. Mungkin minggu ini dia tidak dapat pekena karipap kegemarannya itu. Karipap Besar Tiga Singgit bermain-main dimindanya.

Mereka melepasi perempuan yang sedang memberi anaknya minum sebotol susu. Ibunya seakan bersila sedang mengendong anaknya, dalam ketidakpastian tentang jantina anak tersebut. Mereka menyelit antara gerai murtabak dan roti John. Si anak kecil itu seperti terlelap sambil bibirnya bergerak-gerak sedang menghisap botolnya yang berada di hujung mulut. Di hadapan mereka terletak cawan plastik merah yang mengandungi syiling-syiling emas dan perak memenuhi suku daripada cawan tersebut. Mata Karim terus pegun, tidak melepaskan pandangannya pada ibu dan anak itu sedang kakinya terus melangkah kehadapan.

Dia sedikit menggeleng seperti ada sesuatu yang bersarang di kepala. Kelibat sepasang keluarga miskin itu terus kabur apabila dihalang oleh sekumpulan lelaki perempuan yang berpusu-pusu membeli makanan. Sesudah itu, pandangannya terus ditoleh kedepan kerna mahu meneruskan pergerakan.

Tatkala itu juga, dia ternampak seseorang memberikan sesuatu kepada jejaka yang sedang duduk di atas kerusi. Sebatang tongkat bersandar di sebelah kiri kerusi tersebut. Baru diperasannya, jejaka itu tidak dapat melihat. Dia seorang yang buta. Jarak antara lelaki buta dan wanita tadi tidaklah jauh. Dalam berbelas gerai makanan dan minuman. Lelaki itu sedang memegang erat bakul merah yang di dalamnya terdapat tisu-tisu dan beberapa wang kertas.

"Terima kasih ya bang." Ucapnya terus, tidak terlalu kuat dan tidak juga perlahan. Sedang-sedang sahaja. Insan itu tadi memberikan sejumlah wang kertas biru dan hijau dan kemudian terus menyambung perjalanannya.

Melihat adegan itu, Karim melihat isi dompetnya.

Wang kertas biru tiga helai mengisi dompet lusuh itu. Ianya cukup untuk memenuhi nafsu makannya. Difikirkannya, dalam keadaan tidak ramai membeli di tempat itu, pasti tidak lama pun proses jual beli yang boleh berlaku. Mungkin dalam sekelip mata sahaja. 

Tanpa berfikir panjang, dikeluarkannya dan diserahkan pada orang buta tadi. Sebelum dia berlari-lari anak ke arah Zainal, dia sempat terlihat sebuah ukiran senyuman yang amat manis di wajah insan kelainan upaya tadi. Sebuah lukisan di wajah, yang menjadikan dirinya terasa sesuatu yang berbeza di dalam jiwa.

Ketenangan. 

"Sembilan. Sembilan karipap dapat abang tu beli. Moga, moga kenyang dia dan anak isteri abang tu malam ni."

"Oiii, cepat Karim, nak berbuka dah ni haaaaa. dok pikir pulaakkk." Zainal sedikit menoleh kebelakang sambil tangannya melambai-lambai Karim, menyuruhnya bergegas. 

"Haha, yelahhh. lapooo ni haaaaa.." Karim mengurut-urut perutnya yang sasa.

"Hmmmm, Terima kasih Nal sebab nasihat dan tunjukkan kat aku tadi harga sebuah nilai. Nilai sebuah kekenyangan." Hati Karim berbisik.

"Moga lepas ni, aku dapat menyumbang lagi ukiran-ukiran seperti ini. 

Jutaan ukiran kebahagiaan."






1 comment:

  1. alhamdulillah akhi.
    gaya penulisan semakin mantap.

    lepas ni boleh usaha buat buku pulak. :)

    ReplyDelete