Sunday, June 8, 2014

SSM: a reflection

Reflective writing 3: reflect on achievement pertaining to the module’s general objectives.

Saturday, March 29, 2014

Pencaturan ai.


Pencaturan ai.

Ya, title yang agak pelik kerana aku kebingungan sebentar title apakah yang ingin aku letakkan untuk post kali ini. Maka Voila! terhasilnya satu typo yang dirancang namun hambar dari pemahaman orang. 

.......... (bunyik siput)

Tidak mengapa, mari kita ke topik sebenar. 

Sunday, March 23, 2014

Curry Puff


"Tu haaaaa Nal! Tu haaaaa!" Karim seperti menuding ke arah sesuatu. Zainal hanya dapat melihat tangan Karim yang tiba-tiba muncul di sebelah kanannya.

"Karipap tu haaaa, 3 singgit kottt. dah laa besar karipap dia, sedap plak tuu."

Wednesday, March 19, 2014

BEDAH BUKU: Aqidah dah perjuangan


assalamualaikum,

dalam post ini, saya ingin memberikan pendedahan berkenaan buku aqidah dan perjuangan karya Hj. Fadzil Mohd Noor. Buku ini merupakan buku yang lama yang telah digunakan dan dalam masa ke semasa, post ini akan dikemaskini untuk memberikan ilmu yang lebih kontemporari berkenaan dengan tajuk buku ini. 

Buku yang diolah kembali oleh Tuan Guru Abdul Haji Awang tidak di baca lagi dan saya rasa perlu kerana pasti ada penambahan dalam buku tersebut dalam konteks marcapada ini. saya cuba memberikan olahan dalam bentuk yang lebih ringkas dan lebih difahami sedaya mampu.

Monday, March 17, 2014

sesawang


sesawang. 

jika dilihat daripada google translate, maka perkataan lain yang akan timbul adalah tela, Netz dan ওয়েব. sungguh seni. antara semua, aku suka adalah ওয়েব. lebih realistik, lebih menyerap dalam imaginasi.

ya, aku sedar. blogku sudah terlalu banyak ওয়েব. bukan kerna lalai, bukan kerna alpa tapi dirodok penyakit yang telah banyak membunuh manusia. menegap dalam minda separa dan penuh sedar. menghasilkan watak-watak pengomel bicara.

malas. malas yang sudah tinggi tinggek nya.

3 tahun berlalu tatkala melihat post lama, aku bertanya, masihkah perlu bergembira dengan kegagalan? bukankah kegagalan akan tetap menjadi satu bentuk gagal? bukankah perlu dicedok lautan hikmah disebalik gagal itu? kemudian, apakah ada pula kesedihan dalam kejayaan? lucu. retorik kata, untuk menyedapkan hati yang lara. 

tuntasnya, apa cerita? 

sekarang, sudah tiba bermula kembali coretan diri, mengetuk kekunci papan hitam 3D untuk siapa lagi kalau bukan diri yang pasti mati.

"...baru aku sedar, bila kita menulis ni pip, kita ada stand. kita tak lagi menerawang konon-kononnya kita ada ilmu walaupun dah banyak kita dengar dan baca."

"...sekadar menulis. manalah tahu ada saham..."

"...haha pip, dah siap dah ke blogg newutooo tuuu..?? kakaka.."

"...sekarang ni aku tengok ramai orang yang katanya berideologi tetapi taknak menulis!" 

"...tak lama lagi, orang akan berpatah balik menggunakan blog dan akan kesal dan bosan dengan facebook..."

...penulis, tulisan mereka tentang penulisan...

hmm...

ওয়েব! যাওয়া!!!!