Friday, May 6, 2011

Kegagalan yang MENYERONOKKAN?





Hari ini merupakan satu hari yang agak unik bagi diriku. Kenapa? 


Keputusan peperiksaan pelajar perubatan tahun 1 keluar. Jadi apa keputusannya? Siapa? Saya?


Rahsia.


Namun, ini bukanlah satu coretan untuk menyatakan berkenaan dengan kegembiraan kejayaan, bukan juga kemurungan kegagalan.
Tetapi, gabungan kegembiraan dan kegagalan.


Pelik? Teruskan membaca.




Mengapa sesuatu kegagalan itu membuahkan kegembiraan? menyebabkan senyuman dikuntum pabila mendapat tahu tentangnya? 


Pertama. Kerana syukur padaNya, tidak banyak kertas yang gagal. Adalah beberapa.


Kedua. Kerana melihat pada kegagalan ini, kesyukuran yang tidak terhingga kerana kegagalan ini terjadi di dunia. Jadi, kalau terjadi di akhirat?


Maka sesungguhnya, jadilah Hamba itu, makhluk yang tersangat rugi. Tidak dapat lagi baginya untuk mengharapkan masa dan waktu yang lain, agar dapat ia jadikan lapangan untuk menebus kegagalannya itu.


Dunia, masih lagi ada masa bukan? 


gagal periksa, reseat paper. 


gagal dalam bercinta, carilah yang lebih beragama.


gagal dalam kerjaya, pastikan dicari yang halal haramnya terjaga.


Maka. Perlukah hati ini bersedih, atas kegagalan yang kita sendiri cipta?


Semestinya perlu.


Tapi janganlah lama. Sedih, agar kita mencari Yang Esa. Sentiasa merasa bahawa hidup ini bukan kita yang empunya. Kejayaan dan kegagalan bukan kita yang memilikinya. Hanya padaNYa.


Tapi ingat. Haruslah ada usaha. Kerana,Allah telah berfirman melalui KalamNya: 


“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


Yang mendapat kejayaan, teruskan istiqamah dalam keadaan itu.


Yang gagal, kalau post ini tak berguna juga, carilah Al-Quran ya.


Moga anda terus dalam keceriaan. 


dan harapnya keseronokan 


bersama kegagalan,


yang bakal mencipta kecemerlangan.


Bukan di sini, InsyaAllah di sana. 


Syurga. Kebahagiaan yang tidak pernah dilihat mata. Tidak pernah didengar telinga. Tidak terjangkau dek akal manusia. 


wallahua'lam.









6 comments:

  1. terima kasih docmz-sensei sebab setuju. :D

    ReplyDelete
  2. hahaha.....!
    aku da jumpa blog ni.
    abes la.

    sabar nawatoo..
    tapi camana pun aku suka phrase ni:

    "gagal dalam bercinta, carilah yang lebih beragama"

    ReplyDelete
  3. kepada (T_T), mencari ke selama ini? hehe, baru di tubuhkan dengan jayanya. heh.

    ReplyDelete
  4. sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Kepada shima, saya sokong anda 110%. Terima kasih2. :)

    ReplyDelete